Hwayoung keluar dari kumpulan t-ara.
14 August 2012 @ 06:29 | 0 Comment [s]

Hello semua,julia balik rasanya dah lama julia tak tulis entri kat blog rindu kot.Oh yer,cuba korang baca entri julia baru baca surat khabar tau pasal salah satu kumpulan t-ara dah keluar dari kumpulan tu.Ini julia baru ambil dari internet cuba korang baca ok :)
"KUMPULAN wanita T-ara yang baru-baru ini mengejutkan industri hiburan di Korea Selatan berhubung isu buli salah seorang anggota mereka iaitu Hwayoung yang kini telah sah keluar daripada kumpulan itu dikecam 
hebat oleh penonton ketika kemunculan mereka dalam program hiburan Quiz Change The World.
 Program yang bersiaran pada 4 Ogos lalu telah mengejutkan penonton apabila rakaman yang menunjukkan kemesraan kumpulan T-ara tanpa Hwayoung tidak disunting keluar oleh pihak penerbitan daripada program tersebut.
Kumpulan T-ara membuat rakaman program tersebut sebelum isu buli itu hangat diperkatakan. Dalam program itu, tiada tanda ketegangan yang berlaku ditonjolkan apabila anggota kumpulan T-ara, Eunjung, Jiyeon dan ahli baharu kumpulan itu Ahreum memberi kerjasama yang baik.
Mereka bertiga juga sempat membuat demonstrasi tarian lagu Day By Day sementara ahli baharu Ahreum juga diberi peluang untuk menunjukkan skil tariannya. Selain itu, mereka juga bercakap tentang aktiviti promosi di luar negara.
Meskipun media hangat memperkata isu buli itu, tetapi pihak agensi T-ara, Core Contents Media menafikan perkara tersebut dan menyifatkan kontroversi buli itu sebagai berita tidak benar. Kontrak Hwayoung bersama kumpulan itu turut dibatalkan. Kini kumpulan T-ara memutuskan untuk menghentikan segala aktiviti seni mereka sehingga isu buli itu surut."
Kandungan yang julia cari kat internet hampir sama dengan yang julia baca kat surat khabar.Mesti korang dah tahukan but julia harap yang terbaik untuk kumpulan t-ara ok :).Oh yer,julia sertakan dengan gambar sekali yer.
                                                                 ~Hwayoung

                                                                 ~Ahreum
PS:Tak lama lagi nak rayakan so julia ucapkan selamat hari raya and assalamualaikum


Older Post | Newer Post
Some Word

-PS-hover the image for navigate

Navi



Hello i'm back!!...welcome to my wonderland..hope u like at here:)

Let's Talk!


Time machine!


The Credits!

Template by : мε αs נυℓια
Another: σηε , тωσ , тняεε and ғσυя
Full Edit : Your name

Best View at GOOGLE CHROME!